June 30, 2009

Puding Karamel





Puding karamel@puding gula hangus?
it's da different kind of puding?
dunno la...same aje kot..huhu
tapi la'en orang la'en cara
la'en cara la'en rasa
diz puding i make it to celebrate my mum birthday
selamat hari jadi ummi
moga ummi sihat dengan restuNya...ameen


how to make it?
KISS okke!
KISS???
okke...keep it short and simple



yup!da simple recipe...


+puding+
1 tin susu pekat manis
1 tin air (sama sukatan dengan susu)
10 biji telur
sedikit esen vanilla

+gula hangus+
2 sudu besar gula
1/3 cawan air




resepi ni resepi keluarga haku
mcm2 resepi kalo kite tengok dalam website
ade yg tambah kastard, ade yg tambah biskut jagung
byk yg modified untuk rasa masing2
tapi yang pasti resepi famili haku pun boley tahan gak...huhu
bantai aje...janji sedap makan...janji rajin masak masuk dapur


[untuk diri sendiri]
name pun orang perempuan,
so kene la rajin masuk dapur,
kene la tau pegang senduk,
tapi bukan stkat pegang aje, masak skali la
baru mak mertua sayang...hahaha
bak kata kak emy...kui3...kantoi!


fuh,,,toki aku mengigau speaking dowh,bru jap tdi..huhu
"i'll be back tommorrow...bla2...sempat lagi!
hahaha...gelak sorang haku malam hari
nway, haku permisi dulu...daaa
gudnite...
oyasuminasai...




::sign out::









June 29, 2009

=Love for a reason=



Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu


Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Ya Allah Engaku mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.




(As-Syahid Syed Qutb)










::sign out::




June 26, 2009

puding yogurt ber'layer'










untuk tempahan sila dial...017*******
[[maaf...no yang anda dial tiada dalam perkhidmatan kami]]...kwang2(=



::sign out::

malam ini sudah [26]



[i]

Malam masih muda haku rasa. yup!bunyi motornye, keretanye yang tak henti-henti buat bingit depan umah tok haku nie..geram dengan motor yang memecut malam muda ni.yela,,orang lain nak tidur,reti-reti la wahai mat rempit!...di kala mata haku ni yang still on walaupun haku dah lama tak tidur petang semenjak balik umah ni,,,curik masa sket untuk blog yang da lama haku tinggal. Masa aku ciput untuk diri sendiri berseronok?iye ke???bukan ke 24 hours for 1day…so how you used it?for what?emm,,,dunno la…tapi yang haku pasti masa untuk satu hari sepenuhnya untuk haku praktik jadi ‘bibik’…haha.sememangnya gelaran itu pun yang haku dapat bila balik cuti..kurang asam punye adik-adik.ada ke muka cun dan anggun gini adik-adik haku kata ‘bibik’…hahaha.[perasaan di malam hari].



[ii]

Hari ni tinggal haku seorang bertugas. Rakan setugas haku yang hampir sebulan aku service dengan dia dah pulang ke pangkuan keluarga. Rasa macam tak best la pulak buat kerja sorang-sorang...[[kekoyaan sudah kerja]]...nak buat macam mana, khidmatnya sampai di sini sahaja untuk cuti sem ini. Diharap cuti sem akan datang dapat lagi kita berkhidmat ye kak emy...huhu...dan ayu mau kasi tau kak emy yang ayu seronok buat kerja dengan kak emy.dapat belajar masak-masak dengan k.emy, almaklumlah k.emy kan cikgu ert to be...hehe.so,,mesti terer bab-bab menjadi suri ni kan..(=..

Tika kerja seorang ini, sememangnya haku memang kesian dengan mak [nenekku] yang sorang, still bertahan buat kerja umah dengan lutut yang dah semakin kurang kalsium. Dan haku cuba buat yang terbaik untuk itu...you should be a good grandaughter okke!!!



[iii]

Malam ini juga dua monster di dalam sebuah bilik mengkuarantinkan diri mereka. Tak mustahil kalau bil elektrik naik disebabkan bendalah dalam bilik tu. Dan mungkin juga disebabkan laptop haku ni yang turut menymbangkan ke arah naiknya bil elektrik...huhu. dua monster tu memang tak reti penat,,,itupun baru balik dari KB,pastu keluar jalan-jalan KT, lepas tu terus kuarantin...itu baru dua monster, tak lagi balik yayakman[ultraman]...kenapa yayakman?...haha,itu kena tanye si adib kenapa sebutannya begitu?rindu si adibku...



[iv]

Malam bertukar pagi. Toki still tak tidur lena. Mungkin kaki dan badan berdenyut-denyut. Dan haku dapat rasakan yang toki haku menahan sakit. Sedih yang amat haku lihat. Sekadar melihat, dan memerhati....haku bukannya doktor untuk aku rawat sampai sembuh.cukup sekadar untuk haku menyediakan sarapan, makanan untuk toki aku, dan haku rasakan memang itu tidak cukup sama sekali!...doa...iye,dengan doa saja dapat haku pohon agar penyakit toki haku cepat sembuh.ameen...yep, kencing manis!memang penyakit genetik,dan tak mustahil untuk haku satu hari nanti...walaupun haku memang kurang ambil makanan manis-manis kecuali monster yang sorang tu memang!...dua kali dimasukkan ke wad, pertama kali dimasukkan ke hospital besar KT. Doktor suggest untuk operate dan potong kakinya yang kiri.dan kami satu famili kurang setuju untuk itu. Nasib baik ada sedara kami ini yang suggest untuk buat rawatan di klinik razin bukit payong. Dr.razin suggest untuk potong jari kelingking. Itu kami setuju. Kali kedua dimasukkan ke wad di kts[kuala terengganu specialist hospital]...dan alhamdulillah siap dibedah.dan sekarang toki haku tinggal empat jari kaki dan satu jari kelingking sudah tertanam...huh!tiap-tiap hari kena bersih kaki toki haku ni.haku dengan rela hati untuk bersihkan kaki toki haku, tapi makcik haku cakap....’takpelah yu, selagi mok long boleh jalan ni, mok long mari hari-hari sini tengok toki, bersih kaki toki’...dan haku cukup terharu untuk itu.dan haku juga berharap haku macam mok long haku.dengan mak mertua dia lagi kt umah yang juga sakit kencing manis, dengan pok long haku yang akan operate ketumbuhan dalam kepala...kalau haku berada di tempatnya, mampu ke haku bertahan?..hanya kepadaMu haku memohon kekuatan...






::sign out::